Memandangkan permintaan yang tinggi dari
ahli-ahli GKLN, maka pihak urusetia GKLN dengan sukacitanya mengumumkan
tarikh akhir sayembara-sayembara GKLN mengikut zon akan dilanjutkan
sehingga 30 April ini.
Sayembara-sayembara tersebut adalah
1) Sayembara puisi 'Dunia Baru' zon Asia/Australasia 2013
2) Sayembara puisi 'Kisah Kita' zon Timur Tengah/Afrika 2013
3) Sayembara Puisi GKLN Zon Eropah/US 2013
Dimaklumkan sekali lagi pemilihan karya untuk antologi GKLN 2013 hanya
akan dibuat di kalangan karya-karya yang dihantar untuk penyertaan
sayembara SAHAJA (samada memenangi hadiah atau tidak).
Jangan ketinggalan menyertainya!
Layari laman ini untuk maklumat lanjut
Eropah/US: http://gklneropah-us.blogspot.com/