Saturday 2 February 2013

Sayembara Puisi/Cerpen GKLN Eropah-US 2013

Syarat-syarat Penyertaan

  • Antologi ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menepati syarat - syarat berikut:
  • Sedang belajar, bekerja atau tinggal di mana-mana negara Eropah dan benua Amerika (Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya) semasa tempoh sayembara atau dalam tempoh setahun sebelum sayembara berakhir 
  • Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran dengan mempunyai kaitan dengan tema ‘KEMANUSIAAN. Contoh-contoh tema berbentuk KEMANUSIAAN adalah seperti berikut:
    • Keamanan atau kezaliman (isu di Syria, Palestin, Bosnia)
    • Hak asasi kemanusiaan 
    • Pergolakan politik
    • Isu-isu semasa dunia
    • Aspek-aspek lain yang berkaitan
          • Karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.
          • Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
          • Panjang puisi adalah bebas namun puisi yang terlalu pendek (kurang daripada 10 baris tidak digalakkan)
          • Panjang cerpen hendaklah sekitar 1500-2000 patah perkataan. 
          • Tempoh sayembara adalah dari 1 Februari 2013 sehingga 31 Mac 2013
          • Terma dan syarat tertakluk pada pindaan dan perubahan berdasarkan hal-hal semasa.
          • Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke alamat emel gklneropah.us@gmail.com
          • Berita terkini, panduan menulis puisi dan hal-hal lain dapat disemak menerusi laman web rasmi sayembara di http://gklneropah-us.blogspot.com

          Penilaian

          PUISI


          Minimum puisi yang boleh dihantar oleh seorang peserta adalah SATU manakala bilangan maksimum adalah TIGA.

          Puisi-puisi akan dinilai satu per satu dan bukannya bersifat sekaligus ataupun kombo.

          CERPEN


          Setiap peserta hanya boleh menghantar DUA cerpen maksimum atau minimum satu cerpen.
          Setiap cerpen akan dinilai satu per satu  dan bukan bersifat sekaligus ataupun kombo

          Hadiah


          PUISI


          Tempat pertama: RM 100
          Tempat kedua: RM 60
          Tempat Ketiga:  RM 30

          4 x saguhati: RM 15

          CERPEN


          Tempat pertama: RM 100
          Tempat kedua: RM 60
          Tempat Ketiga:  RM 30

          4 x saguhati: RM 15

          Pemenang-pemenang juga akan berpeluang untuk menembusi media-media terpilih selain karya semua peserta akan dikompilasikan dalam antologi terbitan GKLN.